Jumaat, 31 Julai 2015

Lawatan: METHADONE



















LAPORAN LAWATAN METHADONE
                                                               
Aktiviti            :  Lawatan Methadone
Tarikh              :  17.6. 2015 (Rabu)
Tempat            : Klinik Kesihatan Pandamaran
Sasaran            : Ahli Persatuan SLAD Dan Rakan PPDa              
Penyertaan      : 9 pelajar.
Masa                : 11.20 pagi – 1.00 petang.
Objektif          :
1.   Mengumpul maklumat mengenai cara pemulihan  Program Methadone.
2.   Menemuramah dengan penagih dadah.
3.   Mempertingkatkan kesedaran tentang bahaya dadah di kalangan ahli SLAD dan Rakan                   
      PPDa.
                       
Laporan:
Lawatan ini telah  dirancang pada awal tahun dan diberikan lampu hijau pada Mesyuarat Jawatankuasa PPDa kali kedua.  Lawatan Program Methadone sebegini merupakan kali pertama, oleh itu guru penasihat perlu berjumpa dengan pegawai yang bertanggungjawab untuk mendapat prosedur – prosedur untuk mengemukakan pemohonan lawatan ini.
Masa Methadone di Klinik Kesihatan Pandamaran ini beroperasi dari jam 7.30 pagi sehingga 11.30 pagi, oleh itu waktu lawatan ini perlu ditetapkan pada jam 11.30 pagi supaya pegawai farmasi mempunyai masa dan ruang untuk menyambut kami. 
Peserta berkumpul pada 11.20 pagi dan kami berjalan kaki ke Klinik Kesihatan Pandamaran. Sebaik sampai di situ kami telah disambut oleh Jururawat Nor Ridzawati bt Ghazali dan juga pegawai farmasi Pn. Tamilselvi A/P Antony.
Pn.  Tamilselvi A/P Antony telah memberikan taklimat mengenai dengan Program Methadone kepada rombongan ini.  Menurut beliau Methadone  adalah khas untuk penagih yang mengambil dadah jenis heroin sahaja.  Terdapat 144 penagih yang menerima rawatan ini, antaranya adalah 6 orang perempuan.   Umur mereka adalah antara 20 tahun sehingga 65 tahun, tidak ada pelajar sekolah yang menjadi pesakit di Klinik Kesihatan ini kerana pelajar sekolah adalah dibawah jagaan AADK. 
Di Daerah Klang hanya ada 2 tempat yang memberi dadah gantian Methadone kepada penagih  selain daripada Klinik Kesihatan Pandamaran, iaitu Hospital Besar Tengku Ampuan Rahimah.   Penagih akan diberikan kuantiti yang sesuai dengan keadaan giang dan badan fizikal mereka.  Jika penagih ada urusan, mereka boleh mendapatkan bekalan untuk 3 hari, ataupun mendapatkan surat pengesahan daripada pihak klinik dan boleh mendapatkan bekalan Methadone ditempat-tempat lain di seluruh Malaysia.   Rawatan Methadone ini diberikan secara percuma.  Bekalan Methadone ini juga ada dijual di klinik swasta dengan harga RM40 sekali minum.    Penagih mengambil Methadone pada waktu pagi sebelum pergi bekerja.  Kebanyakan penagih ini mempunyai pekerjaan, sama ada bekerja sendiri ataupun makan gaji.   
Kami menemu ramah dengan 2 orang penagih yang mengikuti Program Methadone,  mereka telah didorong oleh ahli keluarga untuk berhenti daripada mengambil dadah.

Kami turut diberikan pamplet dan juga bahan-bahan maklumat dadah oleh pihak klinik.  Kami juga berpeluang melihat dadah gantian Methadone.  Kami juga dijemput menjamu selera dengan hidangan kuih muih dan minuman berkotak. 

Sesi bergambar diadakan serta penyampaikan sijil penghargaan kepada Pn. Tamilselvi A/P Antony.

Pameran: Mesyuarat Agung PIBG














LAPORAN PAMERAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH
Tarikh         : 28.2.2015
Masa                    : 8.00 pagi – 12.30 tengah hari
Tempat       : Dataran Hasimah
Sasaran       : Ibu bapa, guru dan pelajar

Pada 28.2.2015 ( Sabtu), satu pameran Narkotik, HIV, Prostar dan Kesihatan diadakan di sekolah.  Pameran ini diadakan semperna dengan Mesyuarat Agung PIBG.  Pameran ini diadakan dari pukul 8.00 pagi hingga pukul 12.30 tengah hari dan ditempatkan di belakang Dataran Hasimah.  Pameran ini dijemput khas dari Bahagian Narkotik, Balai Polis Daerah Klang dan juga Jabatan Kesihatan Klang.
Bahan-bahan yang dipamerkan adalah contoh jenis-jenis dadah, poster-poster HIV, PROSTAR, brosur-brosur kesihatan dan pamplet Remaja Sihat juga turut dipamerkan.  Seramai 4 ahli SLAD / Rakan PPDa ditugaskan untuk mengendalikan pameran ini serta mengedarkan outreach kepada ibubapa yang menghadiri pameran tersebut.  Rakan PPDa yang bertugas ialah Nurina Zahiran bt Zamri(1C), Norkharunnisa (1F), Husna Nadhira (1G) dan Il Nadiah Muhammad Yahya (SLAD , 1A).
Para ibu bapa, guru-guru serta pelajar dapat menyaksikan pameran ini.  Brosur-brosur boleh diambil untuk info pelawat.


Penambahbaikan:

Kesuntukan masa untuk pelawat menyaksikan pameran ini kerana aturcara Mesyuarat Agung PIBG terlalu padat.  Walaubagaimanapun saat-saat inilah yang ibu bapa dijemput hadir ke sekolah. 

Pekeliling PPDa

PEKELILING-PEKELILING BERHUBUNG PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH


1.            Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/1975: Ruj. KP8548/8/(67) Bertarikh 19 Ogos 1975
-          Garis Panduan Untuk Mengenal/ Mengecamkan Orang Yang Menggunakan Atau Menyalahgunakan Dadah.
     
2.Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/1979: Ruj. KP(BS)8786-51/Jld.IV/(20) bertarikh 26 Mac 1979
-          Laporan Murid-Murid Dalam Keadaan Risiko Penyalahgunaan Dadah
      Yang Memerlukan Pertolongan
     
3.Surat Pekeliling Am Bil. I/1985: Ruj. PPAD(S) 133/883/1 bertarikh 29 Januari 1985
-          Program-Program  Mencegah Dan Membasmi Kegiatan Penagihan
                        Dadah Di Agensi-agensi Kerajaan

4.Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1986: Ruj. KP.(BS)8548/8/1/Jld.III/(13)
            bertarikh 29 Disember 1986
-          Penyalahgunaan Inhalan

5.Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1988: Ruj.KP(BS)8591/Jld. III/(3) bertarikh 3  Februari 1988
-          Program Skim Lencana Anti Dadah Pasukan Berpakaian Seragam
      sekolah Menengah (SLAD)

6.Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/1992: Ruj. KP(BS)8591/Jld.VII/13 bertarikh 27 Julai 1992
-          Pengharaman Pensil Berbentuk Alat Suntikan (Syringe) Di sekolah-
      sekolah.

7.Surat Kementerian Pendidikan Malaysia Ruj. KP(BS)8548/23/C/(5) bertarikh 27 April 1995
-          Pelaksanaan Program Cuma Lima Minit Anti Dadah Di Sekolah Rendah Dan Menengah

8.Surat Kementerian Pendidikan Malaysia Ruj.KP(BS/HEP) 8543/064(36)
            bertarikh 24 Julai 1998
-          Ujian Urin Pelajar Sekolah

9.Surat Kementerian Pendidikan Malaysia Ruj. KP(BS/HEP) 8543/0113/(47)
            bertarikh 27 Ogos 1998
-          Analisis Pelajar/Guru/Pekerja Yang Terlibat Dengan Dadah/Inhalan/Ubat
      Batuk (Borang ADIUB 1A)

10.          Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. I/1979 Ruj. KP(BS)8548/4/Jld.IX/(1) bertarikh 27 Januari 1979
-          Senarai Tugas-tugas Guru Panduan Di Sekolah Menengah

11.          Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985 Ruj. KP(BS)8591/Jld.II(29) bertarikh 2
            Januari 1985
            - Penubuhan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah

SURAT- SURAT PEKELILING IKHTISAS MENGENAI DISIPLIN PELAJAR


1.         Surat Pekeliling ‘Profesionalisme’ Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.6/1968. Ruj.KP.8543/(10) bertarikh 10 September 1968.
-           Pembuangan Murid-murid Daripada Sekolah-sekolah Kerana Kelakuan
  Curang.

2.         Surat Pekeliling ‘Profesionalisme’ Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.8/1968. Ruj.KP.8543 02(12) bertarikh 18 September 1968.
-           Tatatertib di Sekolah-sekolah.

3.         Tambahan Kepada Surat Pekeliling ‘Profesionalisme’
Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.6/68 dan 8/68

4.         Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Malaysia Bil.6A/1975  Ruj.KP.8548/8(75) bertarikh 5 September 1975.
-           Disiplin-Murid-murid Menghisap Rokok

5.         Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia No.7/1975. Ruj.KP.8548/8(67) bertarikh 19 Ogos 1975.
-           Salah Guna Dadah - Garis Panduan Untuk Guru Panduan dan Guru Besar.

6.         Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.9/1975. Ruj.KP.8543/Vol.2(5) bertarikh 4 November 1975.
-          Disiplin Di Sekolah - Peraturan –peraturan Sekolah Untuk Murid-murid

7.         Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.9/1975
            -           Perkara-perkara Tatatertib Yang Dianggap Berat

8.         Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.8/1983.
Ruj.KP(BS)8591/Jld.ll/(17) bertarikh 7hb November 1983.
-           Mengenakan Hukuman Biasa Terhadap Murid-murid Yang Melakukan Perbuatan Salahlaku Yang Tidak DinyatakanDalam Peraturan-peraturan Pelajaran.

9.         Lampiran - Laporan Penggal Kes-kes Penyalahgunaan Dadah

10.       Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1983
-           Garis Panduan Kempen Anti Merokok Di sekolah-sekolah

11.       Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 7/1986
-           Langkah-langkah Keberkesanan Disiplin Sekolah

12.       Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/1995
-           Tatacara Mengenakan Tindakan dan Hukuman
            Terhadap Pelajar-Pelajar Sekolah

13.       Surat pekeliling ikhtisas bil.4/1997:
-           Hukuman Ke Atas Murid Menghisap Rokok



14.       Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.5/1997:
- Sekolah Sebagai Kawasan Larangan Merokok
 
 
KOLEKSI SURAT PEKELILING IKHTISAS TAHUN 2001 – 2002

15.       Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.8/1983
-           Mengenakan Hukuman Biasa Terhadap Murid-murid
Yang Melakukan Perbuatan Salah Laku Yang Tidak
Dinyatakan Dalam Peraturan-peraturan Pelajaran


1.         SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.8/2001
            - Pemantapan Pengurusan Disiplin di Sekolah

2.         SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.9/2001
            - Penglibatan Pelajar Dengan Kegiatan Negatif

3.         SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.10/2001
            - Semua Guru Adalah Guru Disiplin

4.         SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.4/2002
            - Pelaksanaan Program Sekolah Selamat


SURAT- SURAT PEKELILING IKHTISAS MENGENAI DISIPLIN PELAJAR


1.         Surat Pekeliling ‘Profesionalisme’ Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.6/1968. Ruj.KP.8543/(10) bertarikh 10 September 1968.
- Pembuangan Murid-murid Daripada Sekolah-sekolah Kerana Kelakuan
  Curang.

2.         Surat Pekeliling ‘Profesionalisme’ Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.8/1968. Ruj.KP.8543 02(12) bertarikh 18 September 1968.
- Tatatertib di Sekolah-sekolah.

3.         Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Malaysia Bil.6A/1975  Ruj.KP.8548/8(75) bertarikh 5 September 1975.
- Disiplin-Murid-murid Menghisap Rokok

4.         Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia No.7/1975. Ruj.KP.8548/8(67) bertarikh 19 Ogos 1975.
- Salah Guna Dadah - Garis Panduan Untuk Guru Panduan dan Guru Besar.

KOLEKSI SURAT PEKELILING IKHTISAS TAHUN 2001 – 2002

1.         SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.8/2001
            Pemantapan Pengurusan Disiplin di Sekolah

2.         SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.9/2001
            Penglibatan Pelajar Dengan Kegiatan Negatif

3.         SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.10/2001
            Semua Guru Adalah Guru Disiplin

4.         SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.4/2002
            Pelaksanaan Program Sekolah Selamat


Jambori PPDa & SLAD

LAPORAN KEM JAMBORI / PPDa SLAD DAERAH KLANG.
Aktiviti            : Kem Jambori / PPDa SLAD   
Tarikh              : 24-26.3.2015 ( Selasa - Khamis)
Tempat            : Kompleks Rakan Muda, Sementa.
Masa                : 24.3.2015 (bertolak 7.00 pagi) – 26.3.2015 ( balik 3.00 petang)        
Anjuran           : Pejabat Pelajaran Daerah Klang dengan kerjasama Jawatankuasa PPDa  
                          Daerah Klang.                                    
Sasaran            : 2 orang pelajar
1.       Annur Azizah Binti Kamaruzaman (5H)
2.       Nur Syakirah Binti Dzulkefli (5H)
PENGENALAN
Remaja merupakan golongan yang memiliki kualiti dan perwatakan yang unik serta istimewa.  Namun begitu, daripada pemerhatian dan pandangan para guru mendapati para remaja sendiri tidak merasai dan menghayati kualiti dan keistimewaan mereka.  Dalam mencapai hasrat kerajaan untuk mencapai wawasan 2020, para remaja perlu berasa keistimewaan dan keunikan yang ada pada diri mereka. 
Program Jambori ini telah dirangka khas bagi melaksanakan pendidikan pencegahan dadah peringkat sekolah. Program ini adalah satu daripada unsur yang penting bagi menyedarkan dan menginsafkan murid untuk melakukan sesuatu dengan lebih sempurna.  Bagi diri seseorang murid, dorongan adalah sangat perlu bagi mereka mengenali dan menganalisis diri sendiri supaya boleh menentukan haluan dan masa depan mereka.
Justeru, program ini diharap dapat membina jati diri murid dan seterusnya menanamkan nilai bahaya dadah, rokok, inhalan dan HIV.  Selain dari itu mereka juga dapat menyuntikkan semangat baru antara satu sama lain bagi mengubah sikap, sahsiah, penampilan diri dan dalam hal  menentang najis dadah.











OBJEKTIF PROGRAM
Program jambori ini dirangka khas bermatlamatkan kepada beberapa objektif yang telah dikenalpasti. Pada akhir program ini, diharapkan para peserta akan dapat:
1          Mendapat iktibar daripada kesan pengambilan dadah dalam kehidupan mereka yang boleh membawa kesengsaraan dan akhirnya membawa maut.
2          Meningkatkan pengetahuan mengenai bahaya dadah, HIV dan rokok melalui aktiviti yang dijalankan.
3          Memberi kesedaran kepada pelajar mengenai halatuju serta masa depan mereka sama ada memilih sengsara atau bahagia.
4          Membina sikap, pemikiran serta perwatakan positif dan dinamik untuk berusaha, sanggup berdikari dan bekerjasama sebagai satu kumpulan.
5          Membina disiplin dan ketahanan diri dalam menentang najis dadah, rokok, inhalan dan HIV.

RASIONAL PROGRAM
Kewajaran kem ini diadakan adalah atas  beberapa faktor yang difikirkan perlu iaitu :
a.       Murid-murid semakin terpengaruh dengan anasir negatif yang boleh  mencemarkan nama baik sekolah, keluarga mahupun diri pelajar tersebut.
b.      Peningkatan kes berkaitan rokok, dadah, inhalan dan HIV semakin meningkat.
c.       Pendekatan yang lebih berkesan diperlukan bagi mencegah sebelum sesuatu yang lebih merunsingkan berlaku.
LAPORAN :
Kem ini dijalankan selama tiga hari dua malam.  Peserta dapat mengikuti aktiviti dan penuh komiment dan yakin.  Peserta dapat pengetahuan tentang dadah dan berupaya menyebarkan kepada pelajar-pelajar di sekolah.  Peserta juga mempunyai daya ketahanan diri untuk menyebut ‘tidak’ kepada  rokok dan dadah.            
 
Copyright © 2016. PPDa SMK(P) Raja Zarina.
Design by Herdiansyah Hamzah. & Distributed by Free Blogger Templates
Creative Commons License