Jumaat, 31 Julai 2015

Lawatan: METHADONE



















LAPORAN LAWATAN METHADONE
                                                               
Aktiviti            :  Lawatan Methadone
Tarikh              :  17.6. 2015 (Rabu)
Tempat            : Klinik Kesihatan Pandamaran
Sasaran            : Ahli Persatuan SLAD Dan Rakan PPDa              
Penyertaan      : 9 pelajar.
Masa                : 11.20 pagi – 1.00 petang.
Objektif          :
1.   Mengumpul maklumat mengenai cara pemulihan  Program Methadone.
2.   Menemuramah dengan penagih dadah.
3.   Mempertingkatkan kesedaran tentang bahaya dadah di kalangan ahli SLAD dan Rakan                   
      PPDa.
                       
Laporan:
Lawatan ini telah  dirancang pada awal tahun dan diberikan lampu hijau pada Mesyuarat Jawatankuasa PPDa kali kedua.  Lawatan Program Methadone sebegini merupakan kali pertama, oleh itu guru penasihat perlu berjumpa dengan pegawai yang bertanggungjawab untuk mendapat prosedur – prosedur untuk mengemukakan pemohonan lawatan ini.
Masa Methadone di Klinik Kesihatan Pandamaran ini beroperasi dari jam 7.30 pagi sehingga 11.30 pagi, oleh itu waktu lawatan ini perlu ditetapkan pada jam 11.30 pagi supaya pegawai farmasi mempunyai masa dan ruang untuk menyambut kami. 
Peserta berkumpul pada 11.20 pagi dan kami berjalan kaki ke Klinik Kesihatan Pandamaran. Sebaik sampai di situ kami telah disambut oleh Jururawat Nor Ridzawati bt Ghazali dan juga pegawai farmasi Pn. Tamilselvi A/P Antony.
Pn.  Tamilselvi A/P Antony telah memberikan taklimat mengenai dengan Program Methadone kepada rombongan ini.  Menurut beliau Methadone  adalah khas untuk penagih yang mengambil dadah jenis heroin sahaja.  Terdapat 144 penagih yang menerima rawatan ini, antaranya adalah 6 orang perempuan.   Umur mereka adalah antara 20 tahun sehingga 65 tahun, tidak ada pelajar sekolah yang menjadi pesakit di Klinik Kesihatan ini kerana pelajar sekolah adalah dibawah jagaan AADK. 
Di Daerah Klang hanya ada 2 tempat yang memberi dadah gantian Methadone kepada penagih  selain daripada Klinik Kesihatan Pandamaran, iaitu Hospital Besar Tengku Ampuan Rahimah.   Penagih akan diberikan kuantiti yang sesuai dengan keadaan giang dan badan fizikal mereka.  Jika penagih ada urusan, mereka boleh mendapatkan bekalan untuk 3 hari, ataupun mendapatkan surat pengesahan daripada pihak klinik dan boleh mendapatkan bekalan Methadone ditempat-tempat lain di seluruh Malaysia.   Rawatan Methadone ini diberikan secara percuma.  Bekalan Methadone ini juga ada dijual di klinik swasta dengan harga RM40 sekali minum.    Penagih mengambil Methadone pada waktu pagi sebelum pergi bekerja.  Kebanyakan penagih ini mempunyai pekerjaan, sama ada bekerja sendiri ataupun makan gaji.   
Kami menemu ramah dengan 2 orang penagih yang mengikuti Program Methadone,  mereka telah didorong oleh ahli keluarga untuk berhenti daripada mengambil dadah.

Kami turut diberikan pamplet dan juga bahan-bahan maklumat dadah oleh pihak klinik.  Kami juga berpeluang melihat dadah gantian Methadone.  Kami juga dijemput menjamu selera dengan hidangan kuih muih dan minuman berkotak. 

Sesi bergambar diadakan serta penyampaikan sijil penghargaan kepada Pn. Tamilselvi A/P Antony.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2016. PPDa SMK(P) Raja Zarina.
Design by Herdiansyah Hamzah. & Distributed by Free Blogger Templates
Creative Commons License