Jumaat, 31 Julai 2015

Jambori PPDa & SLAD

LAPORAN KEM JAMBORI / PPDa SLAD DAERAH KLANG.
Aktiviti            : Kem Jambori / PPDa SLAD   
Tarikh              : 24-26.3.2015 ( Selasa - Khamis)
Tempat            : Kompleks Rakan Muda, Sementa.
Masa                : 24.3.2015 (bertolak 7.00 pagi) – 26.3.2015 ( balik 3.00 petang)        
Anjuran           : Pejabat Pelajaran Daerah Klang dengan kerjasama Jawatankuasa PPDa  
                          Daerah Klang.                                    
Sasaran            : 2 orang pelajar
1.       Annur Azizah Binti Kamaruzaman (5H)
2.       Nur Syakirah Binti Dzulkefli (5H)
PENGENALAN
Remaja merupakan golongan yang memiliki kualiti dan perwatakan yang unik serta istimewa.  Namun begitu, daripada pemerhatian dan pandangan para guru mendapati para remaja sendiri tidak merasai dan menghayati kualiti dan keistimewaan mereka.  Dalam mencapai hasrat kerajaan untuk mencapai wawasan 2020, para remaja perlu berasa keistimewaan dan keunikan yang ada pada diri mereka. 
Program Jambori ini telah dirangka khas bagi melaksanakan pendidikan pencegahan dadah peringkat sekolah. Program ini adalah satu daripada unsur yang penting bagi menyedarkan dan menginsafkan murid untuk melakukan sesuatu dengan lebih sempurna.  Bagi diri seseorang murid, dorongan adalah sangat perlu bagi mereka mengenali dan menganalisis diri sendiri supaya boleh menentukan haluan dan masa depan mereka.
Justeru, program ini diharap dapat membina jati diri murid dan seterusnya menanamkan nilai bahaya dadah, rokok, inhalan dan HIV.  Selain dari itu mereka juga dapat menyuntikkan semangat baru antara satu sama lain bagi mengubah sikap, sahsiah, penampilan diri dan dalam hal  menentang najis dadah.











OBJEKTIF PROGRAM
Program jambori ini dirangka khas bermatlamatkan kepada beberapa objektif yang telah dikenalpasti. Pada akhir program ini, diharapkan para peserta akan dapat:
1          Mendapat iktibar daripada kesan pengambilan dadah dalam kehidupan mereka yang boleh membawa kesengsaraan dan akhirnya membawa maut.
2          Meningkatkan pengetahuan mengenai bahaya dadah, HIV dan rokok melalui aktiviti yang dijalankan.
3          Memberi kesedaran kepada pelajar mengenai halatuju serta masa depan mereka sama ada memilih sengsara atau bahagia.
4          Membina sikap, pemikiran serta perwatakan positif dan dinamik untuk berusaha, sanggup berdikari dan bekerjasama sebagai satu kumpulan.
5          Membina disiplin dan ketahanan diri dalam menentang najis dadah, rokok, inhalan dan HIV.

RASIONAL PROGRAM
Kewajaran kem ini diadakan adalah atas  beberapa faktor yang difikirkan perlu iaitu :
a.       Murid-murid semakin terpengaruh dengan anasir negatif yang boleh  mencemarkan nama baik sekolah, keluarga mahupun diri pelajar tersebut.
b.      Peningkatan kes berkaitan rokok, dadah, inhalan dan HIV semakin meningkat.
c.       Pendekatan yang lebih berkesan diperlukan bagi mencegah sebelum sesuatu yang lebih merunsingkan berlaku.
LAPORAN :
Kem ini dijalankan selama tiga hari dua malam.  Peserta dapat mengikuti aktiviti dan penuh komiment dan yakin.  Peserta dapat pengetahuan tentang dadah dan berupaya menyebarkan kepada pelajar-pelajar di sekolah.  Peserta juga mempunyai daya ketahanan diri untuk menyebut ‘tidak’ kepada  rokok dan dadah.            

1 ulasan:

 
Copyright © 2016. PPDa SMK(P) Raja Zarina.
Design by Herdiansyah Hamzah. & Distributed by Free Blogger Templates
Creative Commons License