VISI PPDa KPM
- SEKOLAH BEBAS DADAH
MISI PPDa KPM
- MELAHIRKAN MURID BEBAS DADAH MELALUI PROGRAM PPDa `YANG BERSEPADU DAN MENYELURUH DARIPADA ASPEK PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN KURIKULUM, KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN SAHSIAH
1.0 DADAH
1.1 Definasi Dadah
Dadah atau “drug” adalah bahan kimia yang
amat merbahaya kepada individu yang menggunakannya kerana ia mengubah cara
minda dan tubuh manusia berfungsi. Banyak hal yang berkaitan dengan dadah
sentiasa menjadi bahan dalam berita. Apabila mendengar saja perkataan dadah,
kita akan terus memikirkan jenis-jenis dadah seperti ganja dan heroin. Tetapi,
sebenarnya terdapat beribu-ribu jenis dadah di seluruh dunia ini yang digunakan
oleh lebih kurang 200 juta manusia untuk pelbagai tujuan. Menurut Kamus Dewan
Melayu - Inggeris, makna perkataan “DRUG” bermaksud ubat-ubatan.
Walaupun demikian, untuk memberi takrif penyalahgunaan kepada “drug”, perkataan
“USE”,“MISUSE” atau “ABUSE” perlu digunakan bersama-sama
dengan perkataan “drug”. Contohnya “drug abuse” atau “misuse of drug”
yang membawa maksud penyalahgunaan dadah. Terdapat empat sebab anda boleh
terjebak dalam penyalahgunaan dadah seperti, keperluan kewangan yang terdesak,
tawaran kewangan yang lumayan , hadiah melancong ke luar negara dan
ditipu/terpedaya dengan kekasih/teman.
1.2 Dadah Dan Ciri-Cirinya
Dadah ialah bahan kimia psikoaktif yang mempunyai
ciri-ciri:
-Mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem
saraf pusat ( otak dan saraf tunjang )
-Penggunaannya adalah dilarang jika bukan
untuk tujuan perubatan
-Diperolehi secara haram
-Membawa kepada penggantungan fizikal dan
psikologikal dan meningkatkan daya tahan terhadap dadah
- Mendatangkan kesan-kesan bahaya ke atas
kesihatan dan fungsi sosial
1.3 Jenis-Jenis Dadah
Dadah boleh dibahagikan kepada lima kategori iaitu:
DADAH
|
JENIS-JENIS
|
Opiat
|
Heroin, Morfin, Candu, Kodien, Methadone
|
Despresen
|
Barbiturat(danbukanbabiturat) ,Tranquilizer
|
Stimulan
|
Amfetamin, Kokain, Pil Kuda, Ice, Kristal
, Ecstacy
|
Halusinogen
|
Lysegic Acid Diethylamide (LSD ),Ketamin ,
Meskalin , Psilosibin
|
Kanabis
|
Ganja , Hashish
|
( Sumber : Modul & Kaunseling
Penyalahgunaan Dadah (2007) )
1.4 KESAN PENYALAHGUNAAN DADAH
1.4.1 KESAN KEPADA PENAGIH
-Penagih akan menjauhkan diri daripada
masyarakat umum dan bergaul hanya dengan kumpulan penagih , penagih dan
penjenayah
-Tidak bertanggung jawab kepada persekolahan
dan prestasi kerja .
-Dari segi fizikal , penagih akan menjadi
kurus , lemah tenaga , malas dan kelihatan seperti dalam khayalan.
-Pitam , pengsan dan bekelakuan ganas .
- Daya tahan penyakit akan berkurangan dan
mudah dijangkiti penyakit seperti kancing gigi , hepatits, tibi , HIV/AIDS dan
maut .
1.4.2KESAN KEPADA KELUARGA
-Menjatuhkan maruah dan nama baik kerluarga.
-Membebankan keluarga penagih kerana
menghabiskan masa, tenaga dan wang yang banyak untuk merawatnya
-Rumah tangga menjadi porak peranda
-Berlaku perceraian dan keganasan rumah tangga
dalam keluarga.
- Anak-anak menjadi terabai dan seterusnya
mengundang masalah sosial kepada mereka .
1.4.3 KESAN KEPADA MASYARAKAT
-Mengancam ketenteraman awam dengan kejadian
jenayah seperti rompakan dan samun.
-Perpaduan, pembangunan dan kemajuan
masyarakat boleh terjejas akibat penglibatan remaja dan belia dengan dadah.
- Persengketaan dan perselisihan antara
masyarakat berlaku akibat penglibatan anggota masyarakat dengan dadah
1.4.4. KESAN KEPADA NEGARA
-Kehilangan/kerugian akibat pengurangan daya
pengeluaran ekonomi
-Kos bagi menyediakan khidmat rawatan dan
pemulihan dan menyelenggara program-progam pencegahan.
- Kos kerana kerugian akibat daripada aktiviti
jenayah yang berlaku .
1.5 TANDA-TANDA PENYALAHGUNAAN DADAH
1.
Tubuh
badan yang sihat yang menjadi lemah, kurus dan tidak bermakna kerana kurang
nafsu makan yang menyebabkan kurang zat-zat makanan yang diperlukan.
2.
Mudah
tersinggung dan naik radang dengan perasaan yang bukan-bukan kerana mengesyaki
dan khuatir masyarakat sentiasa menghina mereka
3.
Mata
selalu merah dan berair kerana fungsi mata tidak dapat dikawal sehingga mereka
terpaksa memakai kaca mata gelap untuk melindunginya.
4.
Terdapat
parut dan kesan-kesan luka calar, terutama di bahagian lengan (bagi mereka yang
menggunakan jarum suntikan )
5.
Dari semasa ke semasa menggeletar seperti kesejukan yang amat sangat .
6.
Suka
menjauhkan diri daripada khalayak ramai dan pergi ketempat - tempat sunyi atau gelap.
7.
Selalu
melakukan perbuatan atau gaya yang ganjil kerana dipengaruhi khalayan kesan
dadah yang mereka ambil.
8.
Tidak
dapat mengawal pertuturan dan suara kerana kemerosotan dan gangguan mental
sehingga percakapan susah difahami.
9.
Selalu
mengantuk, hilang pertimbangan akal dan kawalan diri
1.5.1 PIL KUDA
Pil kuda (Methamphetamine) adalah pil paling
popular di Kelantan kerana ia dekat dengan Thailand . Thailand adalah pengeluar
pil kuda haram terbesar di Asia Tenggara. Di dalam perubatan ia digunakan untuk
merawat penyakit hyperaktif , Attention Deficit Hyperactivity Disorder (
ADHD ) , masalah tidur dan obesiti yang melampau. Walaubagaimana pun , ia
sering disalahgunakan, bukan untuk tujuan perubatan. Pil kuda sememangnya
mempunyai kesan negatif yang kuat dan melampau, dimana jika diambil secara
berterusan selama 6 bulan, sistem saraf otak akan rosak dan penagih akan menjadi kurang siuman serta gila yang kekal.
Ini adalah kerana pelbagai bahan merbahaya turut dicampurkan untuk memberi
kesan yang lebih kuat. Antaranya adalah racun tikus , serbuk kaca
kalimantang, pencuci lantai, bahan peluntur, ubat nyamuk dan sebagainya. Kesan
pil kuda adalah seperti berikut :-
Paranoia - sentiasa buruk sangka pada orang sekeliling
-Halusinasi - lihat dan dengar sesuatu yang
tidak wujud
-Delusi - kepercayaan pada sesuatu yang tidak
wujud
-Meth mouth - kerosakan gigi
- Muka cengkung dan berat badan susut secara
mendadak
1.5.2 KELDAI DADAH
Dalam Wikipedia, Keldai Dadah merujuk kepada
seseorang yang secara rela atau terpedaya untuk menjadi kurier, membawa dadah
atau barang seludup ke negara lain. Taktik ini dikatakan boleh mengurangkan
risiko pengedar atau penyeludup dadah ditangkap oleh pihak berkuasa di sesebuah
negara. Kaedah penyeludupan termasuklah menyembunyikan barang dalam kenderaan,
bagasi atau pakaian, mengikat pada badan ataupun dengan menelannya.
Merujuk kepada beberapa kes yang berlaku
menunjukkan bahawa mereka yang menjadi keldai dadah ini ada yang sedar bahawa
mereka adalah pembawa barangan larangan tersebut, namun banyak kes yang
menglibatkan rakyat negara ini seolah-olah mereka tertipu dan tidak tahu - menahu
bahawa mereka sebenarnya menjadi Keldai Dadah kepada sindiket dadah sehinggalah
mereka ditangkap di pintu masuk sesebuah negara kerana didalam beg mereka
terdapat sejumlah dadah.
Penyeludupan dan pengedaran dadah ini memang
dirancang oleh sindiket dadah antarabangsa. Mengikut laporan , dadah ini biasanya
datang dari negara-negara seperti Argentina, Sepanyol, Colombia dan beberapa
negara Asia Selatan. Biasanya harga dadah dari negara tersebut lebih murah.
Kebanyakan mangsa mendakwa hanya menyedari
“kerja” yang dijanjikan dengan upah lumayan itu sebenarnya membawa dadah ke
beberapa negara selepas tidak berdaya untuk menolak akibat diugut bunuh,
tambahan pula mereka sendirian jauh beribu-ribu kilometer di negara orang.
Tidak kurang juga yang mengakui tarikan wang dan peluang melancong ke luar
negara seperti Amerika Latin, Asia Barat dan Eropah menjadi “umpan” paling
mudah, apatah lagi tiket penerbangan termasuk hotel ditaja sepenuhnya
menyebabkan ramai tidak berfikir panjang sebelum menerimanya.
1.6 Remaja Dan Penyalahgunaan Dadah
Alam remaja kepada dewasa adalah merupakan
masa yang amat penting di mana perasaan ingin mencuba sesuatu yang baru
lebih-lebih lagi dengan dadah haram akan bermula. Antara sebab-sebab mengapa
anak-anak muda menggunakan dadah adalah :
1.
Sesetengah
mengambil dadah untuk mengelak daripada tidur supaya mereka boleh mengulangkaji
untuk peperiksaan atau untuk membebaskam fikiran daripada kehidupan akedemik
mereka.
2.
Sesetengah
anak muda mengambil dadah untuk menghilangkan kebosanan dalam hidup mereka.
3.
Sesetengah
anak muda dipengaruhi oleh dunia hiburan yang menunjukkam bahawa dadah
merupakan sesuatu yang bergaya dan menarik.
4.
Sesetengah
anak muda mengambil dadah untuk memberontak
5.
Sesetengah
anak muda mengambil dadah untuk menyesuaikan diri dengan rakan sebaya yang
terlibat.
6.
Kanak-kanak
di jalanan dan kanak-kanak yang diekspolitasi secara seksual akan menggunakan
dadah untuk menghadapi masalah-masalah tiada perkerjaan, penderaan seksual dan
terbiar. Ada juga yang menggunakan dadah untuk membantu mereka mengurangkan
kelaparan dan kesakitan fizikal.
7.
Sesetengah
anak muda mengambil dadah untuk mengubah perasaan mereka.
8.
Sesetengah anak muda mengambil dadah untuk kelihatan seperti orang
dewasa
(Sumber
rujukan: Bahagian Komunikasi,UNICEF Malaysia)
1.7 Akibat Pengambilan Dadah Sintetik
Kini tabiat pengambilan dadah sintetik
semakin meningkat dalam kalangan remaja masa kini dan dikhuatiri akan
menyumbang kepada peningkatan pesakit mental dalam kalangan mereka. Ini kerana
individu yang mengguna dan mengalami masalah penagihan dadah sintetik seperti ecstacy
, syabu dan amphetamine berisiko besar akan mengalami masalah
gangguan mental sama ada untuk tempoh sementara atau kekal sepanjang hayat .
Penggunaan dadah sinetik terutama syabu
berupaya menyebabkan penagihnya mengalami masalah paranoid hingga terdorong
bertindak di luar kawalan termasuklah melakukan jenayah, samun, rogol, dan bunuh.
Menurut Pengerusi Pengasih Malaysia, Datuk
Yunus Pathi, kesan pengambilan dadah sintetik membahayakan kerana ia merangsang
fikiran separuh sedar penagih bertindak agresif sekiranya permintaan mereka
tidak dipenuhi. Beliau berkata demikian semasa mengulas kes mengenai wanita
yang ditetak dengan golok perak oleh anak lelakinya di Kampong Padang Buluh,
Sungai Petani setelah pengambilan dadah dan perselisihan faham dengan ibunya.
( Sumber
Rujukan : My Metro, 24 Febuari 2012 )
SEKSYEN
|
KESALAHAN / JENIS DADAH
|
HUKUMAN
|
39B
|
- Memiliki 15 gm atau lebih heroin dan/atau
morfin
-Memliki 1000 gm atau lebih candu masak atau
mentah
-Memiliki 40 gm kokain atau lebih
-Memiliki 200 gm atau lebih ganja
-Memiliki 2000 gm koka atau lebih
-Memiliki 50 gm atau lebih Amphetamine
-Type Stimulants (ATS ) contoh : syabu atau
pil ecstacy ( untuk butir teperinci rujuk Sek. 37 akta dadah Berbahaya )
|
Mati Mandatori
|
39A(2)
|
-Memiliki 5-15gm heroin atau morfin
-Memiliki 250-1000gm candu
-Memeiliki 50-200gm ganja
-Memiliki 15-40gm kokain
-Memiliki 750gm daun koka
-Memiliki 30-50gm Amphetamine Type
Sitmulants (ATS)
- Contoh : syabu atau pil ecstacy, untuk
butir teperinci rujuk Sek. 39A(2)
|
Tidak kurang lima tahun penjara atau
dipenjara seumur hidup dan tidak kurang 10 sebatan
|
3A(1)
|
-Memiliki 2-5gm heroin atau morfin
-Memiliki 20-50gm ganja
-Memiliki 5-15gm kokain
-Memiliki 100-250gm candu
-Memiliki 250-750gm daun koka
-Memiliki 5-30gm Amphetamine Type Stimulants
(ATS)
- Contoh : syabu atau pil ecstacy, untuk
butir teperinci rujuk Sek.39A(1)
|
Tidak kurang 2 tahun penjara tetapi tidak
lebih 5 tahun dan sebatan tidak kurang 3 sebatan
|
6B
|
- Menanam atau mengusahakan pokok ganja
(walaupun sebatang pokok )
|
Pejara seumur hidup dan sebatan tidak
kurang 6 sebatan
|
6
|
- Memiliki kurang daripada 5gm candu mentah
atau daun koka atau pokok popi atau biji ganja
|
Denda tidak lebih RM20,000/- atau penjara
tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya sekali
|
9
|
- Memiliki kurang 100gm candu masak
|
Denda tidak lebih RM20,000/- atau penjara
tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya sekali
|
10
|
- Penggunaan sesuatu permis pemilikan alat
perkakas menghisap dadah
|
Denda tidak lebih RM100,000/- atau penjara
tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya sekali
|
12(A)
|
-Memiliki kurang 2gm heroin atau morfin
- Memiliki lain-lain dadah kurang daripada
Sek. 39(A)(1)
- Pejawat awam yang bertugas di penjara ,
pusat pemulihan , lokap polis atau mana-mana tempat tahanan dan memiliki
dadah di tempat tersebut
|
Denda tidak lebih RM100,000/- atau penjara
tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya sekali.
Bagi pegawai awam penjara , pemulihan di
kenakan sebatan tidak lebih 3 sebatan sebagai tambahan
|
15(1)(a)
|
- Memasukkan dadah (dadah-dadah yang
dijadualkan) ke dalam badan
|
Denda tidak lebih RM5,000.00 atau penjara
tidak kurang 2 tahun
|
15 (b)
|
- Berada didalam premis tempat hisap dadah
|
Denda tidak lebih RM5,000.00 atau penjara
tidak kurang 2 tahun
|
*Ringkasan seksyen-seksyen penting
1.8 METHADONE
APAKAH ITU METHADONE?
-METHADONE ialah sejenis ubat yang digunakan untuk merawat ketagihan dadah seperti heroin dan morfin.
-ubat sintetik yang mempunyai kesan yang sama seperti heroin/morfin
-berbentuk cecair dan diambil secara oral (diminum)
-keberkesanan yang berpanjangan selama 24jam
FAEDAH RAWATAN
-meningkatkan kualiti kehidupan dan perhubungan kekeluargaan
-mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang lain
-hidup lebih ceria dan dapat menjalani kehidupan yang normal
-klien akan lebih produktif dan mampu bekerja seperti biasa
-mengurangkan risiko penyakit berjangkit melalui darah seperti HIV,Hepatitis B dan Hepatitis C akibat berkongsi jarum suntikan
-meningkatkan tahap kesihatan fizikal,mental dan sosial
-mengurangkan perlakuan negatif (cth: kecurian)
-mengurangkan risiko keguguran dikalangan ibu mengandung
-mengurangkan kesan gian terhadap dadah
RAWATAN INI UNTUK SIAPA?
-Penagih dadah suntikan tegar yang belum bersedia untuk berhenti
LANGKAH LANGKAH MENGATASI MASALAH PENYALAHGUNAAN DADAH
1)Kempen
~kempen harus diadakan dari semasa ke semasa oleh pihak kerajaan dan swasta
~Aktiviti dilangsungkan haruslah dikenal pasti terlebih dahulu keberkesanannya
~harus melibatkan kumpulan remaja yang sering menjadi sasaran para penjual dadah.
2)Gaya hidup yang sihat
~Mengelakkan kita daripada melakukan perbuatan yang memudaratkan diri sendiri
~berehat daripada sebarang pekerjaan dapat mengurangkan tekanan dan menenangkan tubuh badan ( elak pengambilan dadah)
~melakukan senaman ringan
~menyertai program bermanfaat pada masa lapang. (contoh: mengadakan kumpulan
perbincangan)
~sentiasa berfikiran positif
~menjaga kebersihan dari segi mental dan fizikal mengikut ajaran agama masing-masing
3)Pendidikan
~Sekolah(program 5 minit antidadah)
~Skim Lencana Antidadah
~Ceramah dan Pameran antidadah
~Kaunseling kelompok dan individu
~Seminar Pendidikan keibubapaan (Parenting education)
~Program Motivasi
4)Media massa
~Menyalurkan maklumat tentang kesengsaraan hidup yang dibelenggu oleh dadah dipaparkan di majalah bagi memupuk kesedaran orang ramai.
~Beri sokongan kepada badan terlibat program pencegahan dadah(contoh: PEMADAM ,
PENGASIH)
~Menarik minat penonton dengan menyelitkan hiburan agar mesej dapat disampaikan dengan jelas
1.9 Aadk Selangor
KUALA SELANGOR
NO.15, 17 & 19, JALAN RAJA ABDULLAH, PEKAN KUALA SELANGOR, 45000 KUALA SELANGOR, SELANGOR TEL : 03-32691007 |
KUALA LANGAT
T-215, JALAN TERATAI, TAMAN SERI, TELOK DATOK, 42700, BANTING, SELANGOR TEL: 03-31874745 |
SEPANG
NO4, 4A, 4B & 4C JALAN 2, MEDAN 120, BANDAR BARU SALAK TINGGI, 43900 SEPANG, SELANGOR TEL: 03-87066368 |
SABAK BERNAM
NO.29D TINGKAT 2 & 3, JALAN MENTERI, 45300 SUNGAI BESAR, SELANGOR TEL : 03-32241115 |
HULU LANGAT (AMPANG)
LEVEL 3, UNIT 3.06 MENARA MAXISEGAR, COMMERCIAL COMPLEX, JALAN PANDAN INDAH 4/2, 56100 PANDAN INDAH, KUALA LUMPUR TEL: 03-42970063 |
GOMBAK
NO.8, TINGKAT 1-4, PLAZA UMNO, 68100 JALAN BATU CAVES, SELANGOR TEL : 03-61857651> |
HULU SELANGOR
JKR 228, JALAN SYED MANSHOR, 44000 KUALA KUBU BAHRU, SELANGOR TEL: -0360642435 |
PETALING
TINGKAT 2A, BANGUNAN PERSEKUTUAN JALAN SULTAN, 46200 PETALING JAYA, SELANGOR TEL :03- 79546963 |
HULU LANGAT
TINGKAT 3, KOMPLEKS PERHENTIAN KAJANG, JALAN REKO, 43000 KAJANG, SELANGOR TEL: 03-87349185 |
KLANG
LOT 14, 2A/2 & 2A/3, LORONG GOPENG, 41400 KLANG, SELANGOR TEL : 03-33419484 |
2.0 Sajak dan Cerita Teladan Berkaitan Dadah
Tajuk: Dadah Durjana
Dadah ,
Asalnya kaulah teman kaulah kawan,
Menghilang segala duka segala lara,
Menjadi penhibur di kala duka,
Menjadi teman bersuka-suka,
Namun kau lupa wahai manusia,
Dadah itu, dadah durjana ,
Suka dan duka hanya seketika,
Khalayan hanya sementara cuma,
Dari suka mejadi derita
Dadah durjana
Kaulah racun sebenarnya
Hadirmu membawa derita
Mengundang duka serta sengsara
Wahai teman jangan kau cuba
Menjadi hamba dadah durjana
Sekali cuba selamanya sengsara
Menjadikan manusia begitu hina
Dadah duurjana pembunuh manusia
Menjadikan manusia hilang sifatnya
Wahai teman semua
Ayuhlah kita bangun bersama
Perangi dadah durjana
Musuh nombor satu 1 rakyat Malaysia
2.0 ALKOHOL
2.0 ALKOHOL
2.1 Definisi alkohol
Arak atau minuman keras ialah minuman beralkohol (biasanya etanol) yang menyebabkan seseorang menjadi mabuk, tidak sedarkan diri, terlena dan sebagainya. Alkohol selalunya diminum ketika bersosial atau digunakan untuk mempertingkatkan 'mood'. Ia boleh mengakibatkan ketagihan jika selalu diminum. Minuman beralkohol terdapat dalam pelbagai bentuk seperti bir, wain, brandi dan wiski. Amalam meminum minuman beralkohol merupakan suatu tabiat buruk. Masalah ini di tahap serius yang sama dengan masalah-masalah sosial lain. Semakin hari masalah ini semakin meruncing.
Biasanya minuman keras mengakibatkan atau menimbulkan hal yang negatif bagi si peminumnya. Kebanyakan agama mengharamkan pengambilan arak namun begitu, terdapat mazhab yang membenarkan pengambilan arak dalam upacara tertentu sahaja. Manakala di kebanyakan negara pula, penjualannya di kawal oleh kerajaan kerana ia boleh memberi kesan berbahaya kepada kanak-kanak.
Di pasaran ada tiga jenis arak yang popular iaitu:-
a) bir - yang dibuat dari biji-bijian yang mengandungi 3-6% alkohol terdiri daripada jenis-jenis seperti shandy dan stout.
b) wain - yang diperbuat daripada buah-buahan dan mengandungi 11-14% alkohol.
c) liquor - dihasilkan dengan memeram ataupun mendidihkan bahan makanan sehingga menjadi arak dan ia mengandungi 40-50% alkohol, iaitu terdiri dari jeins-jenis seperti vodka dan whisky.
2.2 Ciri-ciri Ketagihan Alkohol
Ciri-ciri ketagihan alkohol adalah seperti berikut:
a) memerlukan jumlah alkohol yang lebih tinggi setiap kali ia minum bagi mencapai kesan yang sama (toleran). Ini bermaksud semakin lama seseorang itu mengambil alkohol, maka ketagihan alkohol seseorang itu semakin tinggi.
b) aktiviti hidupnya berpusat pada alkohol. ini menyebabkan mereka yang ketagihan alkohol sering menghabiskan masanya hanya dengan alkohol.
c) sindrom tarikan (withdrawal sindrom) akan timbul apabila indivu berhenti atau kurang mengambil alkohol setelah menggunakannya secara berterusan bagi tempoh yang lama. antara tanda-tanda "withdrawal"adalah ketar, keinginan yang kuat atau gian (craving) untuk mendapatkan alkohol, loya, muntah, demam, gila (psikosis), sawan dan meracau kesan sindrom tarikan ini juga boleh membawa maut.
2.3 Faktor-faktor Pengambilan Alkohol
Antara faktor-faktor yang mendorong para remaja unuk mengambil alkohol ialah:
2.3.1 Pengaruh Rakan Sebaya
kebanyakan remaja menganggap bahawa alkohol memudahkan mereka mendapat ramai kawan dan diterima sebagai sebahagian daripada ahli kumpulan. sekiranya mereka enggan mengikut cara hidup rakan, mereka akan disingkirkan. secara rialiti, rakan yang bebas alkohol lebih mudah dipercayai daripada rakan yang ketagihan alkohol.
2.3.2 Pengaruh Iklan
pengiklanan arak dalam panggung wayang, VCD dan media cetak tidak diharamkan malahan seperti dibenarkan. akhbar-akhbar bahasa Inggeris juga semakin kerap mengiklankan minuman-minuman beralkohol dan dipaparkan dalam bentuk yang sangat menarik. selain daripada itu, sukan bola sepak, badminton dan golf mula mendapat penajaan daripada syarikat arak. wanita pula sering dieksploitasi dengan imej seksi dan mengghairahkan untuk melariskan lagi penjualan.
2.3.3 Mudah Diperolehi
penjualan arak dijalankan di mana-mana sahaja. Kesannya, remaja mudah memperolehi bekalan alkohol pada bila-bila masa. Ini mendorong mereka mengambil minuman keras dengan lebih kerap.
2.3.4 Latar Belakang Keluarga
keluarga yang bermasalah juga menjadi pendorong kepada pengambilan alkohol.
2.3.5 Pengaruh Orang Terkenal Atau Mencontohi Idola
remaja seringkali mencontohi dan menjadikan ikon mereka sebagai ikutan.
2.4 Kesan-kesan Negatif Pengambilan Alkohol
2.4.1 Memudaratkan Kesihatan
kesan utama adalah seperti sakit jantung, hati atau penyakit dalam perut. apabila situasi ini berlaku mereka mengalami kurag selera makan, kekurangan vitamin, jangkitan penyakit, mati pucuk atau kekurangan haid. kematian awal lebih kerap berlaku kepada orang yang kuat minum alkohol. kesan pengambilan minuman keras ialah mereka tidak mampu mengawal emosi serta hilang keupayaan berfikir. keadaan menjadi semakin teruk apabila murid mula ketagihan minuman keras itu. masalah tersebut akan merosakkan kesihatan murid sekaligus menjejaskan pelajaran dan masa hadapan mereka.
2.4.2 Tahap Kemalangan Meningkat
kebanyakan kes kecederaan dan kematian di sebbabkan oleh pemandu mabuk. pengambilan alkohol berlebihan boleh menyebabkan sakit kepala dan rasa meragam di dalam perut. jenis kandungan dadah yang terdapat di dalam minuman beralkohol ini ialah atil alkohol atau etanol. ia merupakan dadah sedatif yang memperlahankan aktiviti sistem saraf. oleh itu, kemungkinan besar kemalangan boleh berlaku dalam keadaan mabuk.
2.4.3 Kelakuan di Luar Kawalan
manusia memiliki pusat kawalan di otak. gangguan pusat kawalan di otak boleh menyebabkan perubahan tingkah laku daripada tingkah laku normal kepada perbuatan yang bertentangan sama sekali dengan peribadinya.
2.5 Alkohol dan Kesannya ke Atas Otak dan Badan
apabila seseorang alkohol, ia terus bertindak ke atas sel sel otak dengan meransang otak itu sebelum mengganggu fungsinya sehingga menyebabkan gangguan kepada penglihatan, hilang ingatan dan seumpanya.
pengambilan 2-3 gelas alkohol di dalam masa sejam sudah mencukupi untuk menjadikan seseorang tidak stabil. Ketagihan arak memberi kesan negatif kepada diri, keluarga dan masyarakat. Disudut diri ia boleh menyebabkan sawan dan halusinasi dan pengambilannya di dalam masa yang panjang boleh merosakkan otak selama-lamanya.
di samping itu, ia juga boleh menyebabkan sakit jantung, radang paru-paru, batuk kering, barah mulut dan kerongkong, radang, kerosakan dan barah hati serta melemahkan sistem pertahanan badan.
untuk kesan jangka pendek pada kuantiti yang rendah, seseorang akan hilang rasa malu, pada kuantiti yang lebih tinggi, ia menyebabkan seseorang menjadi mudah marah, mempunyai pertuturan yang tidak lancar (slurred), hilang imbangan semasa berjalan, kecelaruan fikiran dan tidak sedarkan diri.
2.6 Kesan Alkohol Kepada Reamaja
2.6.1 Terhadap Kesihatan
berbagai masalah kesihatan yang dibincangkan boleh terjadi kepada para remaja yang terlibat dengan pengambilan alkohol. Oleh kerana pengambilan bermula pada peringkat yang muda, sudah tentu dalam jangka panjang kesan terhadap keadaan kesihatan remaja akan bertambah teruk. Penggunaan alkohol yang berlebihan boleh menyebabkan kemandulan dan gangguan haid pada wanita. Alkohol juga akan meningkatkan risiko terjadinya keguguran dan juga kelahiran pra-matang.
2.6.2 Proses Pembelajaran Akan Terganggu
remaja tidak dapat memberi penumpuan kepada pelajaran.
2.6.3 Ponteng Kelas Atau Sekolah
remaja tidak menghadirkan diri ke sekolah. ini akan memberikan kesan terhadap prestasi pelajaran yang akan merosot.
2.7 Alkohol Dalam Makanan, Minuman, Pewangi Dan Ubat-ubatan
a) setiap minuman arak mengandungi alkohol, walau bagaimanapun bukan semua alkohol mempunyai arak. Alkohol yang diperolehi daripada proses pembuatan arak, hukumnya aram dan najis.
b) minuman ringan yang diproses atau dibuat bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis, tetapi haram diminum dalam bentuk aslinya kerana ia adalah racun dan boleh membunuh.
c) ubat-ubatan dan pewangi yang mengandungi alkohol sebagai bahan melarut adalah tidak najis dan diharuskan sekiranya alkohol tersebut bukan diambil melalui proses pembuatan arak.
2.8 Cara Menghindari Daripada Alkohol
a) mengamalkan gaya hidup sihat dan banyak bersenam.
b) berkemahiran untuk menangani stress dan masalah yang dihadapi.
c) jauhi daripada rakan yang mengambil alkohol.
d) isi masa terluang dengan bersukan atau membuat hobi yang berfaedah.
2.9 Akta Yang Berkaitan Dengan Minuman Berakohol
2.9.1 Akta Pengangkutan Jalan Raya 1996:
a) pemandu yang memandu dalam keadaan mabuk yang ditangkap bagi kali pertama akan didenda sebanyak RM2000.00 atau 6 bulan penjara atau kedua-dua sekali.
b) kesalahan berikutnya didenda RM4000.00 atau penjara 1 tahun atau kedua-dua sekali.
c) jika menyebabkan kematian boleh dihukum penjara 3 hingga 10 tahun dan boleh didenda tidak kurang RM8000.00 hingga RM20000.00.
2.10 Nilai-nilai Murni
a) berani menyatakan tidak pada alkohol.
b) jangan mudah terpengaruh dengan benda yang merosakkan kesihatan dan minda.
c) jangan membuat perkara yang dilarang oleh agama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan