Jumaat, 31 Julai 2015

Pameran: Mesyuarat Agung PIBG














LAPORAN PAMERAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH
Tarikh         : 28.2.2015
Masa                    : 8.00 pagi – 12.30 tengah hari
Tempat       : Dataran Hasimah
Sasaran       : Ibu bapa, guru dan pelajar

Pada 28.2.2015 ( Sabtu), satu pameran Narkotik, HIV, Prostar dan Kesihatan diadakan di sekolah.  Pameran ini diadakan semperna dengan Mesyuarat Agung PIBG.  Pameran ini diadakan dari pukul 8.00 pagi hingga pukul 12.30 tengah hari dan ditempatkan di belakang Dataran Hasimah.  Pameran ini dijemput khas dari Bahagian Narkotik, Balai Polis Daerah Klang dan juga Jabatan Kesihatan Klang.
Bahan-bahan yang dipamerkan adalah contoh jenis-jenis dadah, poster-poster HIV, PROSTAR, brosur-brosur kesihatan dan pamplet Remaja Sihat juga turut dipamerkan.  Seramai 4 ahli SLAD / Rakan PPDa ditugaskan untuk mengendalikan pameran ini serta mengedarkan outreach kepada ibubapa yang menghadiri pameran tersebut.  Rakan PPDa yang bertugas ialah Nurina Zahiran bt Zamri(1C), Norkharunnisa (1F), Husna Nadhira (1G) dan Il Nadiah Muhammad Yahya (SLAD , 1A).
Para ibu bapa, guru-guru serta pelajar dapat menyaksikan pameran ini.  Brosur-brosur boleh diambil untuk info pelawat.


Penambahbaikan:

Kesuntukan masa untuk pelawat menyaksikan pameran ini kerana aturcara Mesyuarat Agung PIBG terlalu padat.  Walaubagaimanapun saat-saat inilah yang ibu bapa dijemput hadir ke sekolah. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2016. PPDa SMK(P) Raja Zarina.
Design by Herdiansyah Hamzah. & Distributed by Free Blogger Templates
Creative Commons License