Isnin, 22 Jun 2015

Pelancaran PPDa 23.2.15

LAPORAN PELANCARAN PROGRAM PENDIDIKAN PENCEGAHAN    
Pelancaran Program Pendidikan Pencegahan Dadah diadakan pada 23.2.2015.  Ia dilancarkan oleh Puan Noor Siah bt Othman selaku Penolong Kanan Kurikulum SMK(P) Raja Zarina di Dataran Hasimah.  Semua warga sekolah telah diberikan penerangan tentang objektif Program Pendidikan Pencegahan Dadah diadakan.  Ahli-ahli SLAD dan Rakan PPDa juga turut memainkan peranan dalam pelancaran.
      Semua pelajar membacakan Ikrar Anti Dadah yang dipimpin oleh Nuranisya Shaiera Bt Ahmad Effendy (3D) bagi sesi pagi.  Ikrar Anti Dadah akan dibacakan oleh semua pelajar pada perhimpunan Isnin selepas pelancaran program ini.  Seramai 17 pelajar yang terpilih dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 turut menerima surat Perlantikan Rakan PPDa.  Lagu “ Hidup Cemerlang Tanpa Dadah”  turut dimainkan.
      Bagi Pelancaran Pendidikan Pencegahan Dadah sesi petang pula, Puan Tan Siew Kuan selaku Pembantu Penolong Kanan petang telah dijemputkan untuk melancarkan Program Pendidikan Pencegahan Dadah.  Program diteruskan dengan bacaan Ikrar Anti Dadah yang dipimpin oleh dan Salmi Syakira bt Muhamad Yusuf (2B) bagi sesi petang.
Jadual Aktiviti Program Pendidikan Pencegahan Dadah juga telah diedarkan kepada setiap kelas untuk ditampalkan di kelas.  Pelajar digalakkan untuk menyertai pertandingan-pertandingan Pendidikan Pencegahan Dadah yang akan diadakan.











Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2016. PPDa SMK(P) Raja Zarina.
Design by Herdiansyah Hamzah. & Distributed by Free Blogger Templates
Creative Commons License