Isnin, 22 Jun 2015

Pameran HIV 2.4.15

PAMERAN HIV / KESIHATAN  2.4.2015
Pada 2.4.2014 ( Khamis), satu pameran HIV / Kesihatan diadakan di Dataran Hasimah SMK(P) Raja Zarina.  Pameran ini diadakan dari pukul 9.00 pagi hingga pukul 4.00 petang.  Pameran ini dijemput khas dari Jabatan Kesihatan Daerah Klang.  Bahan-bahan yang dipamerkan adalah poster-poster HIV, brosur-brosur kesihatan, pamplet Remaja Sihat dan juga model rokok.  Model rokok memaparkan kandungan-kandungan merbahaya yang terkandung di dalam sebatang model rokok.
Beberapa orang Pegawai Kesihatan juga turut bersama untuk memberikan maklumat kepada pelajar sepanjang pameran diadakan, mereka ialah Encik Ahmad Mumtazul Akmal bin Mustafa,  Encik Mohd Fakhzan bin Mohd Najmudin dan juga Mohd Jefri.
Ahli-ahli SLAD dan juga Rakan PPDa turut ditugaskan untuk mengendali pameran ini.  Guru-guru serta pelajar telah menyaksikan pameran ini pada waktu kelas ganti, waktu Pendidikan Sivik dan Kewargaan, waktu pendidikan Moral dan juga waktu Pendidikan jasmani .
Aktiviti ini bertujuan bagi melahirkan masyarakat, guru-guru dan pelajar yang
prihatin dan peka terhadap masalah semasa khususnya HIV. Justeru menyedarkan warga sekolah tentang bahayanya jangkitan HIV.












Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2016. PPDa SMK(P) Raja Zarina.
Design by Herdiansyah Hamzah. & Distributed by Free Blogger Templates
Creative Commons License