Jumaat, 26 Jun 2015

Senarai Nama Pelajar (Poster)






LAPORAN PERTANDINGAN MELUKIS POSTER PPDa
FEBRUARI – JUN 2015
Aktiviti            :   Pertandingan  Melukis Poster PPDa
Tarikh              :   April – Jun 2015
Tempat            :   Bilik Pendidik Seni
Sasaran            :   Semua pelajar Tingkatan1 hingga 5.
Masa                :  Waktu PdP Pendidik Seni
Tema                :   1 Malaysia Membanteras Dadah
Objektif           :   1.  Mempertingkatkan kesedaran tentang bahaya dadah / ancaman               
                                 penggunaan dadah, rokok, alkohol, inhalan, HIV / Aids di kalangan     
                                 murid.
                             2. Untuk memastikan pelajar tahu tentang bahaya dadah dan seterusnya 
                                 berusaha untuk menghindarinya.
                            3. Untuk melahirkan pelajar yang prihatin dan peka terhadap masalah
                                 semasa khususnya dadah
Laporan:
Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar Tingkatan1 hingga 5.   Pertandingan ini dijalankan pada waktu Pendidikan Seni.  Penilai adalah terdiri dari guru Pendidik Seni iaitu Puan Kilawani dan juga Puan Jessie Jan.  Hadiah dan sijil akan diberikan kepada semua pemenang.

PEMENANG MELUKIS POSTER PPDa 2015
TEMPAT
NAMA
KELAS
1
Sakthy Thevi A/P Pakianatan
3A
2
Intan Nurul Asyikin Binti Hamdan
2C
3
Thara A/P Ratanam
2F
Penyertaan
Keerthana A/P Murugeswaran
1C
Penyertaan
Nurul Izzatie Bt Mohamad Supian
1A
Penyertaan
Nurlinah Binti Jabir
2D
Penyertaan
Hemrangit Kaur A/P Satwant Singh
4A
Penyertaan
Nur Syafiqah Binti Abd Aziz
2F
Penyertaan
Chua Sin Yee
5B
Penyertaan
Rogayyah Binti Muktar
5C
Penyertaan
Nursyafea Serena Bt Mohd Ariff
1C
Penyertaan
Dahlia Hannah Binti Shamsuri
2B

PERTANDINGAN MELUKIS POSTER PPDa
FEBRUARI - JUN 2015

Isnin, 22 Jun 2015

Pelancaran PPDa 23.2.15

LAPORAN PELANCARAN PROGRAM PENDIDIKAN PENCEGAHAN    
Pelancaran Program Pendidikan Pencegahan Dadah diadakan pada 23.2.2015.  Ia dilancarkan oleh Puan Noor Siah bt Othman selaku Penolong Kanan Kurikulum SMK(P) Raja Zarina di Dataran Hasimah.  Semua warga sekolah telah diberikan penerangan tentang objektif Program Pendidikan Pencegahan Dadah diadakan.  Ahli-ahli SLAD dan Rakan PPDa juga turut memainkan peranan dalam pelancaran.
      Semua pelajar membacakan Ikrar Anti Dadah yang dipimpin oleh Nuranisya Shaiera Bt Ahmad Effendy (3D) bagi sesi pagi.  Ikrar Anti Dadah akan dibacakan oleh semua pelajar pada perhimpunan Isnin selepas pelancaran program ini.  Seramai 17 pelajar yang terpilih dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 turut menerima surat Perlantikan Rakan PPDa.  Lagu “ Hidup Cemerlang Tanpa Dadah”  turut dimainkan.
      Bagi Pelancaran Pendidikan Pencegahan Dadah sesi petang pula, Puan Tan Siew Kuan selaku Pembantu Penolong Kanan petang telah dijemputkan untuk melancarkan Program Pendidikan Pencegahan Dadah.  Program diteruskan dengan bacaan Ikrar Anti Dadah yang dipimpin oleh dan Salmi Syakira bt Muhamad Yusuf (2B) bagi sesi petang.
Jadual Aktiviti Program Pendidikan Pencegahan Dadah juga telah diedarkan kepada setiap kelas untuk ditampalkan di kelas.  Pelajar digalakkan untuk menyertai pertandingan-pertandingan Pendidikan Pencegahan Dadah yang akan diadakan.











Pameran HIV 2.4.15

PAMERAN HIV / KESIHATAN  2.4.2015
Pada 2.4.2014 ( Khamis), satu pameran HIV / Kesihatan diadakan di Dataran Hasimah SMK(P) Raja Zarina.  Pameran ini diadakan dari pukul 9.00 pagi hingga pukul 4.00 petang.  Pameran ini dijemput khas dari Jabatan Kesihatan Daerah Klang.  Bahan-bahan yang dipamerkan adalah poster-poster HIV, brosur-brosur kesihatan, pamplet Remaja Sihat dan juga model rokok.  Model rokok memaparkan kandungan-kandungan merbahaya yang terkandung di dalam sebatang model rokok.
Beberapa orang Pegawai Kesihatan juga turut bersama untuk memberikan maklumat kepada pelajar sepanjang pameran diadakan, mereka ialah Encik Ahmad Mumtazul Akmal bin Mustafa,  Encik Mohd Fakhzan bin Mohd Najmudin dan juga Mohd Jefri.
Ahli-ahli SLAD dan juga Rakan PPDa turut ditugaskan untuk mengendali pameran ini.  Guru-guru serta pelajar telah menyaksikan pameran ini pada waktu kelas ganti, waktu Pendidikan Sivik dan Kewargaan, waktu pendidikan Moral dan juga waktu Pendidikan jasmani .
Aktiviti ini bertujuan bagi melahirkan masyarakat, guru-guru dan pelajar yang
prihatin dan peka terhadap masalah semasa khususnya HIV. Justeru menyedarkan warga sekolah tentang bahayanya jangkitan HIV.












 
Copyright © 2016. PPDa SMK(P) Raja Zarina.
Design by Herdiansyah Hamzah. & Distributed by Free Blogger Templates
Creative Commons License