Aktiviti :
Pameran Narkotik, Keselamatan Jalan Raya dan Pencegahan Jenayah
Tarikh :
23.2.2013 ( Sabtu),
Anjuran :
Jawatankuasa PPDa sekolah bersama
Balai
Polis Daerah Klang.
Sasaran :
ibu bapa, guru-guru dan pelajar
Objektif :
Melahirkan masyarakat, guru-guru dan pelajar yang prihatin dan peka
terhadap
masalah semasa khususnya dadah.
Pada 23.2.2013
( Sabtu), satu pameran Narkotik, Keselamatan di Jalan Raya dan Pencegahan jenayah diadakan di sekolah. Pameran ini diadakan semperna dengan
Mesyuarat Agung PIBG.. Pameran
ini diadakan dari pukul 8.00 pagi hingga pukul 1.00 petang. Pameran ini ditempatkan di sebelah
kantin. Pameran ini dijemput khas dari
Balai Polis Daerah Klang. Beberapa
pengawai polis juga turut bersama untuk memberikan penerangan tentang
bahan-bahan yang dipamerkan. Inspektor K. Magentheren dari IPD Klang telah
memaklumkan kepada pelawat tempat-tempat kejadian kemalangan jalan raya di mana
foto tersebut diambil. Manakala
Inspektor Zulkifli Wahad dari PDRM memberi info tempat jenis-jenis dadah yang
dipamerkan.
Bahan-bahan yang dipamerkan
terdiri daripada poster-poster keselamatan di jalan raya, poster jenayah, Model
paru-paru, model rokok dan contoh-contoh jenis-jenis dadah. Brosur-brosur panduan pencegahan Jenayah, meragut,
merogol, membuli, rakan cop, pencegahan pecah rumah dan lain-lain juga turut dipamerkan.
Seramai 8 ahli SLAD / pengawas PPDa
ditugaskan untuk mengendalikan pameran ini.
Para ibu bapa, guru-guru serta
pelajar dapat menyaksikan pameran ini serta bersoal-jawab dengan anggota polis
yang bertugas bersama. Brosur-brosur boleh diambil untuk
info pelawat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan