Tarikh :
23.2.2013 ( Sabtu),
Anjuran :
Jawatankuasa PPDa sekolah bersama
Jabatan Kesihatan Daerah Klang
Sasaran :
ibu bapa, guru-guru dan pelajar
Objektif :
1. Melahirkan masyarakat, guru-guru dan
pelajar yang prihatin dan peka terhadap
masalah semasa khususnya HIV.
2. Menyedarkan masyarakat tentang bahayanya
jangkitan HIV.
Pada 23.2.2013
( Sabtu), satu pameran HIV / Prostar / Kesihatan / Nyamuk Aedes diadakan di
sekolah. Pameran ini diadakan sempena
dengan Mesyuarat Agung PIBG.. Pameran ini diadakan dari pukul 8.00
pagi hingga pukul 1.00 petang. Pameran
ini ditempatkan di sebelah kantin. Pameran
ini dijemput khas dari Jabatan Kesihatan Daerah Klang.
Bahan-bahan yang dipamerkan adalah
poster-poster HIV, Prostar, brosur-brosur kesihatan, pamplet Remaja Sihat,
Brosur Pemakanan Sihat dan juga Model nyamuk Aedes. Turut diadakan Kaunter Derma Organ. Bagi mereka yang ingin menderma organ selepas
meninggal boleh mengisi borang. Seramai
8 ahli SLAD / pengawas PPDa ditugaskan untuk mengendali pameran ini.
Para ibu bapa, guru-guru serta
pelajar telah menyaksikan pameran ini. Brosur-brosur boleh diambil untuk
info pelawat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan