Sabtu, 24 Ogos 2013

PERTANDINGAN REKA CIPTA BROSUR PPDA


Tarikh              :   Mei - Julai 2013
Sasaran            :   Semua Pelajar Tingkatan 3, 4 dan 5.
Anjuran Bersama : AJK PPDa dan Panitia Pendidikan Sivik

Hasil Reka Cipta brosur ini menyumbang sebahagian daripada markah untuk matapelajaran Pendidikan Sivik.  Pelajar menyiapkan tugasan ini di kelas.  Semua pelajar wajib menghantar tugasan ini.  Setiap tingkatan akan memilih 8 hasil cipta reka brosur yang terbaik.   Sijil akan diberikan kepada semua pemenang.   
Semua hasil karya yang terpilih telah dipamerkan di papan kenyataan di laluan ke blok E.  Tidak ada perbelanjaan peralatan untuk pertandingan.  AJK PPDa Cuma perlu sediakan sijil untuk pemenang.  Di bawah adalah senarai nama pemenang.


Senarai Nama Pemenang Pertandingan Reka Cipta Brosur 2013
bil
nama
tempat
kelas

1
OOI YEE LING
1
3C

2
SYAHINDAH BINTI MUHAMAD KAMAL
2
3C

3
ANGEL LEE MING QI
3
3C

4
PRITHINAH A/P NYANARRAGASAM
Saguhati
3C

5
JASREENAH BT OMAR
Saguhati
3C

6
ALIA NADHIRAH BT ABU BAKAR
Saguhati
3C

7
NURUL ADLIN SHAFIQAH BINTI NOR AZMAN
Saguhati
3D

8
AMIRAH NUR SABRINA BINTI MOHAMED SALEH SABRI
Saguhati
3D

9
SITI HAFSAH BT HARUN
1
4H

10
ALIA MARINI BINTI ABDUL KHALID
2
4H

11
JASMINAH BT OMAR
3
4C

12
AMANI BT IBRAHIM
Saguhati
4A

13
NOOR AIN SYAHIRAH BINTI MAT ZAID
Saguhati
4B

14
NAWWAR NUHA BT MD HAMSIN
Saguhati
4B

15
SAFIRA BT AMINNAZAM
Saguhati
4C

16
ZAINUR HAFIZA BT ZAINAL
Saguhati
4H

17
NUR IZYANI BINTI ABD MOHAN
1
5D

18
NURUL AJLAA BT MUSTAFA KAMAL
2
5D

19
NUR MELISSA BT ABDUL HAMID
3
5D

20
HEMAVATHI A/P BALAKISHNAN
Saguhati
5D

21
HERAH WATI BINTI TAHIR
Saguhati
5D

22
SATHANA A/P JAMES RAJAN
Saguhati
5D

23
RAMJAN SAMIMA BINTI JAINUDEEN
Saguhati
5D

24
FATIMAH BINTI MAHMUD
Saguhati
5G






PAMERAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN ANTI DADAH

Aktiviti            : Pameran Narkotik, Keselamatan Jalan Raya dan Pencegahan Jenayah  
Tarikh              : 23.2.2013 ( Sabtu),
Anjuran             : Jawatankuasa PPDa sekolah bersama
                           Balai Polis Daerah Klang.
Sasaran            : ibu bapa, guru-guru dan pelajar
Objektif            : Melahirkan masyarakat, guru-guru dan pelajar yang prihatin dan peka terhadap        
                           masalah semasa khususnya dadah.

Pada 23.2.2013 ( Sabtu), satu pameran Narkotik, Keselamatan di Jalan Raya dan Pencegahan  jenayah diadakan di sekolah.  Pameran ini diadakan semperna dengan Mesyuarat Agung PIBG..  Pameran ini diadakan dari pukul 8.00 pagi hingga pukul 1.00 petang.  Pameran ini ditempatkan di sebelah kantin.  Pameran ini dijemput khas dari Balai Polis Daerah Klang.  Beberapa pengawai polis juga turut bersama untuk memberikan penerangan tentang bahan-bahan yang dipamerkan. Inspektor K. Magentheren dari IPD Klang telah memaklumkan kepada pelawat tempat-tempat kejadian kemalangan jalan raya di mana foto tersebut diambil.  Manakala Inspektor Zulkifli Wahad dari PDRM memberi info tempat jenis-jenis dadah yang dipamerkan.  
Bahan-bahan yang dipamerkan terdiri daripada poster-poster keselamatan di jalan raya, poster jenayah, Model paru-paru, model rokok dan contoh-contoh jenis-jenis dadah.  Brosur-brosur panduan pencegahan Jenayah, meragut, merogol, membuli, rakan cop, pencegahan pecah rumah dan lain-lain juga turut dipamerkan.  Seramai 8 ahli SLAD / pengawas PPDa ditugaskan untuk mengendalikan pameran ini.

Para ibu bapa, guru-guru serta pelajar dapat menyaksikan pameran ini serta bersoal-jawab dengan anggota polis yang bertugas bersama.  Brosur-brosur boleh diambil untuk info pelawat. 

PAMERAN HIV/ PROSTAR

Tarikh              : 23.2.2013 ( Sabtu),
Anjuran             : Jawatankuasa PPDa sekolah bersama
                           Jabatan Kesihatan Daerah Klang
Sasaran            : ibu bapa, guru-guru dan pelajar

Objektif            : 1.  Melahirkan masyarakat, guru-guru dan pelajar yang prihatin dan peka terhadap        
                               masalah semasa khususnya HIV.
                       2.  Menyedarkan masyarakat tentang bahayanya jangkitan HIV.
Pada 23.2.2013 ( Sabtu), satu pameran HIV / Prostar / Kesihatan / Nyamuk Aedes diadakan di sekolah.  Pameran ini diadakan sempena dengan Mesyuarat Agung PIBG.. Pameran ini diadakan dari pukul 8.00 pagi hingga pukul 1.00 petang.  Pameran ini ditempatkan di sebelah kantin.  Pameran ini dijemput khas dari Jabatan Kesihatan Daerah Klang.
Bahan-bahan yang dipamerkan adalah poster-poster HIV, Prostar, brosur-brosur kesihatan, pamplet Remaja Sihat, Brosur Pemakanan Sihat dan juga Model nyamuk Aedes.  Turut diadakan Kaunter Derma Organ.  Bagi mereka yang ingin menderma organ selepas meninggal boleh mengisi borang.  Seramai 8 ahli SLAD / pengawas PPDa ditugaskan untuk mengendali pameran ini.
Para ibu bapa, guru-guru serta pelajar telah menyaksikan pameran ini.  Brosur-brosur boleh diambil untuk info pelawat.








 
Copyright © 2016. PPDa SMK(P) Raja Zarina.
Design by Herdiansyah Hamzah. & Distributed by Free Blogger Templates
Creative Commons License