Jumaat, 31 Julai 2015

Jambori PPDa & SLAD

LAPORAN KEM JAMBORI / PPDa SLAD DAERAH KLANG.
Aktiviti            : Kem Jambori / PPDa SLAD   
Tarikh              : 24-26.3.2015 ( Selasa - Khamis)
Tempat            : Kompleks Rakan Muda, Sementa.
Masa                : 24.3.2015 (bertolak 7.00 pagi) – 26.3.2015 ( balik 3.00 petang)        
Anjuran           : Pejabat Pelajaran Daerah Klang dengan kerjasama Jawatankuasa PPDa  
                          Daerah Klang.                                    
Sasaran            : 2 orang pelajar
1.       Annur Azizah Binti Kamaruzaman (5H)
2.       Nur Syakirah Binti Dzulkefli (5H)
PENGENALAN
Remaja merupakan golongan yang memiliki kualiti dan perwatakan yang unik serta istimewa.  Namun begitu, daripada pemerhatian dan pandangan para guru mendapati para remaja sendiri tidak merasai dan menghayati kualiti dan keistimewaan mereka.  Dalam mencapai hasrat kerajaan untuk mencapai wawasan 2020, para remaja perlu berasa keistimewaan dan keunikan yang ada pada diri mereka. 
Program Jambori ini telah dirangka khas bagi melaksanakan pendidikan pencegahan dadah peringkat sekolah. Program ini adalah satu daripada unsur yang penting bagi menyedarkan dan menginsafkan murid untuk melakukan sesuatu dengan lebih sempurna.  Bagi diri seseorang murid, dorongan adalah sangat perlu bagi mereka mengenali dan menganalisis diri sendiri supaya boleh menentukan haluan dan masa depan mereka.
Justeru, program ini diharap dapat membina jati diri murid dan seterusnya menanamkan nilai bahaya dadah, rokok, inhalan dan HIV.  Selain dari itu mereka juga dapat menyuntikkan semangat baru antara satu sama lain bagi mengubah sikap, sahsiah, penampilan diri dan dalam hal  menentang najis dadah.











OBJEKTIF PROGRAM
Program jambori ini dirangka khas bermatlamatkan kepada beberapa objektif yang telah dikenalpasti. Pada akhir program ini, diharapkan para peserta akan dapat:
1          Mendapat iktibar daripada kesan pengambilan dadah dalam kehidupan mereka yang boleh membawa kesengsaraan dan akhirnya membawa maut.
2          Meningkatkan pengetahuan mengenai bahaya dadah, HIV dan rokok melalui aktiviti yang dijalankan.
3          Memberi kesedaran kepada pelajar mengenai halatuju serta masa depan mereka sama ada memilih sengsara atau bahagia.
4          Membina sikap, pemikiran serta perwatakan positif dan dinamik untuk berusaha, sanggup berdikari dan bekerjasama sebagai satu kumpulan.
5          Membina disiplin dan ketahanan diri dalam menentang najis dadah, rokok, inhalan dan HIV.

RASIONAL PROGRAM
Kewajaran kem ini diadakan adalah atas  beberapa faktor yang difikirkan perlu iaitu :
a.       Murid-murid semakin terpengaruh dengan anasir negatif yang boleh  mencemarkan nama baik sekolah, keluarga mahupun diri pelajar tersebut.
b.      Peningkatan kes berkaitan rokok, dadah, inhalan dan HIV semakin meningkat.
c.       Pendekatan yang lebih berkesan diperlukan bagi mencegah sebelum sesuatu yang lebih merunsingkan berlaku.
LAPORAN :
Kem ini dijalankan selama tiga hari dua malam.  Peserta dapat mengikuti aktiviti dan penuh komiment dan yakin.  Peserta dapat pengetahuan tentang dadah dan berupaya menyebarkan kepada pelajar-pelajar di sekolah.  Peserta juga mempunyai daya ketahanan diri untuk menyebut ‘tidak’ kepada  rokok dan dadah.            

Rabu, 29 Julai 2015

Pertandingan Meja Info Dadah

                   LAPORAN PERTANDINGAN MENGHIAS MEJA INFORMASI PPDa              
                                                                APRIL 2015
Aktiviti            :  Pertandingan Menghias Meja Informasi  PPDa  
Tarikh              :  27 - 30 April 2015
Tempat            : kantin sekolah
Sasaran            : Terbuka kepada semua pelajar Tingkatan 1 dan 2
Penyertaan      : 99 pelajar.

Objektif           : Mempertingkatkan kesedaran tentang bahaya dadah / ancaman penggunaan                
                          dadah, rokok, alkohol, inhalan, HIV/Aids di kalangan murid, guru dan ibu
                          bapa.     
                        : Memberi pengetahuan dan info dadah.
                        : Memastikan warga sekolah berusaha menjauhi ancaman dadah.

Laporan:
Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar sesi petang.  Peserta boleh membentukkan kumpulan sendiri.  Bilangan maksima dalam satu kumpulan ialah 10 orang.  Peserta dibenarkan menyediakan bahan atau maklumat di rumah.   Bahan atau maklumat boleh dipersembahkan dalam pelbagai bentuk. 
Ini ialah kali ketiga mengadakan Pertandingan Menghias Meja Informasi  PPDa, oleh itu penglibatan pelajar makin bertambah ramai. 
Diharapkan dengan adanya pertandingan ini, pelajar, guru, ibu bapa dan pengunjung ke kantin akan disebarkan maklumat PPDa ketika menjamu selera di kantin.
Sebanyak 14 kumpulan yang mengambil bahagian dan terlibatkan  99  pelajar.  Semua bahan telah dihiaskan pada tarikh yang ditetapkan iaitu pada 27 - 30 April 2015.


















Ahad, 12 Julai 2015

Ceramah & Pameran Pencegahan Dadah















          LAPORAN CERAMAH PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH        
                                                    27.4.2015
Tajuk               :  Ceramah Pendidikan Pencegahan Dadah        
Tarikh              : 27.4.2015 (Isnin)
Tempat            : Dataran Hasimah. 
Masa                : 8.10- 9.10 pagi. ( sesi pagi )                           
Sasaran            : semua pelajar Tingkatan 3,4 dan 5
Objektif           :
1.      Menyedarkan kepada pelajar dan guru-guru akan bahaya dadah dan jangan sesekali  
 mengambil peluang untuk mencuba dan kesannya amat buruk.
2.      Meningkatkan ilmu pengetahuan tentang penyalahgunaan dadah.  
               Ceramah Pendidikan Pencegahan Dadah telah disampaikan oleh Encik Erwan Junaidy Bin Jaafar, pengawai dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan.   Beliau telah menyampaikan ceramah Pendidikan Pencegah Dadah kepada semua pelajar sesi pagi dan guru-guru di sekolah.   Ceramah ini ditetapkan pada pukul 8.10 pagi, oleh kerana penceramah tiba lewat kerana kerosakan kereta, maka ceramah itu bermula lewat iaitu dari pukul 11.00 pagi hingga pukul 12.00 tengah hari dan bertempat di Dataran Hasimah.   Pelajar tingkatan 4 menghadiri untuk mendengar ceramah tersebut.  Pelajar tingkatan 3 dan 5 pula dikecualikan untuk menghadiri ceramah ini kerana waktu ceramah mula dengan lewat, maka tidak mahu ganggu PDP mereka.
Pengisian yang disampaikan adalah penglibatan pelajar sekolah serta remaja dengan dadah semakin meningkat, jenis-jenis dadah sintetik  serta kesannya.   Peranan AADK dalam  menangani masalah dadah di kalangan pelajar serta senario dadah di Malaysia.
Objektif Dasar Dadah Negara adalah untuk menghapuskkan permintaan dan bekalan dadah.   AADK berperanan menentukan segala usaha negara memerangi ancaman dadah berjalan secara terancang, berarah dan selaras demi mewujudkan satu masyarakat yang bebas daripada dadah.  Strategi AADK ialah melakukan Pencegahan, Rawatan dan Pemulihan, Penguatkuasaan dan Hubungan Antarabangsa. 
Bilangan remaja yang terlibat dengan dadah semakin meningkat iaitu terdapat 898 kes berdaftar di Selangor tahun ini.  Klinik C&C (cure & care) ditubukan bagi membantu penagih dadah, pengguna dadah, penyalahgunaan dadah dan juga ahli keluarga yang terlibat dengan masalah dadah.   Klinik C&C adalah satu fasiliti terbuka yang menawarkan program rawatan dan pemulihan tentang permasalahan dadah yang dijalankan secara open access service dan bersifat sukarela.  Tiada sebarang pra-syarat dan implikasi perundangan yang akan dikenakan terhadap klien. 
Beliau menerangkan bahawa ujian Urine Test boleh digunakan untuk mengesan pelajar yang mengambil dadah.  Beliau menyarankan kepada pelajar supaya jangan terjebak dengan dadah, kerana dadah boleh memusnahkan masa depan pelajar dan juga negara.   Beliau juga menasihati pelajar jangan cuba merokok kerana merokok akan mendorong pelajar kepada pengambilan dadah.
Objektif
-Menyedarkan akan mahasiswa/i akan bahaya dadah dan jangan sesekali mengambil peluang untuk mencuba dan kesannya amat buruk.
-Meningkatkan ilmu pengetahuan tentang penyalahgunaan bahan tersebut dan maklumat yang diperolehi mungkin dapat diaplikasikan dalam kerja sosial.
-Mewujudkan jalinan kerjasama di antara kumpulan dengan kumpulan lain dan juga jalinan kerjasama dengan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kubang Pasu bagi menjayakan kempen ini.


Sudut PPDa - Mural


more photos
SLIDESHOW:
...
 
Copyright © 2016. PPDa SMK(P) Raja Zarina.
Design by Herdiansyah Hamzah. & Distributed by Free Blogger Templates
Creative Commons License