Tarikh :
18.4.2013 ( Khamis)
Sasaran :
Tingkatan 4D,4E &4F
:
semua pelajar Tingkatan 2
Ceramah HIV / AIDS untuk pelajar telah disampaikan oleh Encik
Ahmad Mumtazul Akmal Bin Mustafa, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran dari Jabatan Kesihatan Daerah Klang.
Ceramah untuk pelajar
Tingkatan 4 diadakan pada pukul 12.00 tengah hari hingga 1.10 petang, Hanya 3 kelas yang terlibat dan ceramah ini diadakan
di Kamar Ilmu Salbiah. Manakala ceramah sesi petang pula dijalankan pada pukul
1.15 petang hingga pukul 2.15 petang. Ceramah
sesi petang bertempat di Dataran Hasimah, semua pelajar tingkatan 2 terlibat.
Pengisian Ceramah menyentuh tentang:
a. Apa itu “HIV / AIDS”.
b. Bagaimana “HIV / AIDS” dijangkiti.
c. Tanda-tanda utama “HIV / AIDS”.
d. Kesan sosial dan ekonomi.
e. Langkah-langkah pencegahan dan kawalan.
Pelajar
juga digalakkan untuk menjadi ahli PROSTAR, PROSTAR bermaksud “Program Sihat Untuk Remaja”. Matlamat Prostar ialah remaja memainkan
peranan yang penting untuk mempengaruhi dan membimbing rakan-rakan mereka yang
terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang tidak sihat. Pusat Gerakan Prostar Klang sentiasa mengadakan
aktiviti yang sihat kepada remaja supaya remaja mempunyai tempat yang boleh menghabiskan
masa lapang mereka dan mendapat manfaat dari aktiviti yang dilaksanakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan