Isnin, 9 September 2013

Isnin, 2 September 2013

MAJLIS PERLANTIKAN RAKAN PPDa


Tarikh              :  15 Julai 2013
Sasaran            :   15 Rakan PPDa

Seramai 15  pelajar yang telah terpilih pada Februari 2013 telah dilantik secara rasmi pada perhimpunan di Dataran Hasimah pada 15 Julai 2013.  Pelajar-pelajar ini telah diberikan pengiktirafan dengan diberikan Sijil Perlantikan dan lencana Rakan PPDa. 
Rakan PPDa telah pun menjalankan tugas-tugasnya sejak bulan Februari lagi dengan berada di sekolah selepas / sebelum waktu belajar iaitu selama satu jam setiap minggu. 
 Antara tugas-tugas Rakan PPDa ialah :      
1.      Membantu sekolah untuk menggerakkan aktiviti PPDa.
2.      Menjadi telinga dan mata sekolah untuk membantu rakan sekolah yang terlibat dalam rokok/dadah/ alkohol.
3.      Membimbing rakan supaya menjauhi rokok dan dadah.
4.      Membantu untuk menjayakan program PPDa.
5.      Membantu untuk mencari maklumat dan bahan PPDa.
6.      Menceria dan mengemaskini maklumat sudut PPDa.
7.      Membantu untuk mempromosi pertandingan PPDa. 
8.      Membantu guru PPDa untuk melaksanakan program PPDa.  
Berikut adalah Rakan PPDa yang menerima Sijil Perlantikan dan lencana.
Bil
Nama
kelas
1.       
FARISHA RASYIDAH BT RUDI
1 Amanah
2.       
NUR BALQIS BT MUHAMMAD
1 Dedikasi
3.       
NUR FATIN NABILA BT MUKHTAR
1 Dedikasi
4.       
AIN SYAZWANANI SYANIERA BT BURHAN
2 Cekal
5.       
SITI ZULAIKHA BT HUSSHINI
2 Amanah
6.       
ANGEL LEE MING QI
3 Cekal
7.       
GAN GER XIN 
3 Berdikari
8.       
JOANNE LEE YI SHUANG 
3 Berdikari
9.       
TUNG GIIM CHYN  
3 Berdikari
10.   
NURFARHANAH BINTI FADZIL
4 Falsafah
11.   
NURHAZMALYNA BINTI HAZMIN
4 Falsafah
12.   
NURUL AJLAA BINTI MUSTAFA KAMAL       
5 Dedikasi
13.   
NURUL IZYANI BINTI ABD MOHAN   
5 Dedikasi
14.   
SITI ZUBAIDAH BT ARSHAD                 
5 Etika
15.   
SUHAILA BINTI SIDEK    
5 Falsafah







PERTANDINGAN MENGHIAS MEJA INFORMASI PPDa

Tarikh              :  Mei - Julai 2013
Sasaran            : Terbuka kepada semua pelajar Tingkatan 1 dan 2
Objektif           : Mempertingkatkan kesedaran tentang bahaya dadah / ancaman penggunaan                 
                          dadah, rokok, alkohol, inhalan, HIV/Aids di kalangan murid, guru dan ibu bapa.




Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar sesi petang.  Peserta boleh membentukkan kumpulan sendiri.  Bilangan maksima dalam satu kumpulan ialah 10 orang.  Peserta dibenarkan menyediakan bahan atau maklumat di rumah   Bahan  atau maklumat boleh dipersembahkan dalam  pelbagai bentuk. 
Ini ialah kali pertama mengadakan pertandingan Menghias Meja Informasi  PPDa, oleh itu penglibatan pelajar tidak begitu memuaskan.  Selain daripada itu promosi juga tidak mencukupi. 
Diharapkan dengan adanya pertandingan ini, pelajar, guru, ibu bapa dan pengunjung ke kantin akan disebarkan maklumat ketika menjamu selera di kantin.


CERAMAH HIV/AIDS


Tarikh              : 18.4.2013 ( Khamis)
Sasaran            : Tingkatan 4D,4E &4F
                        : semua pelajar Tingkatan 2

Ceramah HIV / AIDS  untuk pelajar telah disampaikan oleh Encik Ahmad Mumtazul Akmal Bin Mustafa, Penolong Pegawai  Kesihatan Persekitaran dari Jabatan Kesihatan  Daerah Klang.   Ceramah untuk pelajar Tingkatan 4 diadakan pada pukul 12.00 tengah hari hingga 1.10 petang,  Hanya 3 kelas yang terlibat dan ceramah ini diadakan di Kamar Ilmu Salbiah.   Manakala ceramah sesi petang pula dijalankan pada pukul 1.15 petang hingga pukul 2.15 petang.   Ceramah sesi petang bertempat di Dataran Hasimah, semua pelajar tingkatan 2 terlibat.
Pengisian Ceramah menyentuh tentang:
a. Apa itu “HIV / AIDS”.
b. Bagaimana “HIV / AIDS” dijangkiti.
c. Tanda-tanda utama “HIV / AIDS”.
d. Kesan sosial dan ekonomi.
e. Langkah-langkah pencegahan dan kawalan.
            Pelajar juga digalakkan untuk menjadi ahli PROSTAR,  PROSTAR  bermaksud “Program Sihat Untuk Remaja”.  Matlamat Prostar ialah remaja memainkan peranan yang penting untuk mempengaruhi dan membimbing rakan-rakan mereka yang terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang tidak sihat.   Pusat Gerakan Prostar Klang sentiasa mengadakan aktiviti yang sihat kepada remaja supaya remaja mempunyai tempat yang boleh menghabiskan masa lapang mereka dan mendapat manfaat dari aktiviti yang dilaksanakan.






 
Copyright © 2016. PPDa SMK(P) Raja Zarina.
Design by Herdiansyah Hamzah. & Distributed by Free Blogger Templates
Creative Commons License