Isnin, 9 September 2013
Isnin, 2 September 2013
MAJLIS PERLANTIKAN RAKAN PPDa
Tarikh : 15 Julai 2013
Sasaran : 15 Rakan PPDa
Seramai 15 pelajar yang telah terpilih pada Februari 2013 telah dilantik secara rasmi pada perhimpunan di Dataran Hasimah pada 15 Julai 2013. Pelajar-pelajar ini telah diberikan pengiktirafan dengan diberikan Sijil Perlantikan dan lencana Rakan PPDa.
Rakan PPDa telah pun menjalankan tugas-tugasnya sejak bulan Februari lagi dengan berada di sekolah selepas / sebelum waktu belajar iaitu selama satu jam setiap minggu.
Antara tugas-tugas Rakan PPDa ialah :
Antara tugas-tugas Rakan PPDa ialah :
1. Membantu sekolah untuk menggerakkan aktiviti PPDa.
2. Menjadi telinga dan mata sekolah untuk membantu rakan sekolah yang terlibat dalam rokok/dadah/ alkohol.
3. Membimbing rakan supaya menjauhi rokok dan dadah.
4. Membantu untuk menjayakan program PPDa.
5. Membantu untuk mencari maklumat dan bahan PPDa.
6. Menceria dan mengemaskini maklumat sudut PPDa.
7. Membantu untuk mempromosi pertandingan PPDa.
8. Membantu guru PPDa untuk melaksanakan program PPDa.
Berikut adalah Rakan PPDa yang menerima Sijil Perlantikan dan lencana.
Bil
|
Nama
|
kelas
|
1.
|
FARISHA RASYIDAH BT RUDI
|
1 Amanah
|
2.
|
NUR BALQIS BT MUHAMMAD
|
1 Dedikasi
|
3.
|
NUR FATIN NABILA BT MUKHTAR
|
1 Dedikasi
|
4.
|
AIN SYAZWANANI SYANIERA BT BURHAN
|
2 Cekal
|
5.
|
SITI ZULAIKHA BT HUSSHINI
|
2 Amanah
|
6.
|
ANGEL LEE MING QI
|
3 Cekal
|
7.
|
GAN GER XIN
|
3 Berdikari
|
8.
|
JOANNE LEE YI SHUANG
|
3 Berdikari
|
9.
|
TUNG GIIM CHYN
|
3 Berdikari
|
10.
|
NURFARHANAH BINTI FADZIL
|
4 Falsafah
|
11.
|
NURHAZMALYNA BINTI HAZMIN
|
4 Falsafah
|
12.
|
NURUL AJLAA BINTI MUSTAFA KAMAL
|
5 Dedikasi
|
13.
|
NURUL IZYANI BINTI ABD MOHAN
|
5 Dedikasi
|
14.
|
SITI ZUBAIDAH BT ARSHAD
|
5 Etika
|
15.
|
SUHAILA BINTI SIDEK
|
5 Falsafah
|
PERTANDINGAN MENGHIAS MEJA INFORMASI PPDa
Tarikh : Mei - Julai 2013
Sasaran : Terbuka kepada
semua pelajar Tingkatan 1 dan 2
Objektif : Mempertingkatkan kesedaran tentang
bahaya dadah / ancaman penggunaan
dadah, rokok,
alkohol, inhalan, HIV/Aids di kalangan murid, guru dan ibu bapa.
Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar sesi
petang. Peserta boleh membentukkan
kumpulan sendiri. Bilangan maksima dalam
satu kumpulan ialah 10 orang. Peserta
dibenarkan menyediakan bahan atau maklumat di rumah Bahan atau
maklumat boleh dipersembahkan dalam pelbagai bentuk.
Ini ialah kali pertama mengadakan pertandingan Menghias
Meja Informasi PPDa, oleh itu penglibatan pelajar tidak
begitu memuaskan. Selain daripada itu
promosi juga tidak mencukupi.
Diharapkan dengan
adanya pertandingan ini, pelajar, guru, ibu bapa dan pengunjung ke kantin akan
disebarkan maklumat ketika menjamu selera di kantin.
CERAMAH HIV/AIDS
Tarikh :
18.4.2013 ( Khamis)
Sasaran :
Tingkatan 4D,4E &4F
:
semua pelajar Tingkatan 2
Ceramah HIV / AIDS untuk pelajar telah disampaikan oleh Encik
Ahmad Mumtazul Akmal Bin Mustafa, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran dari Jabatan Kesihatan Daerah Klang.
Ceramah untuk pelajar
Tingkatan 4 diadakan pada pukul 12.00 tengah hari hingga 1.10 petang, Hanya 3 kelas yang terlibat dan ceramah ini diadakan
di Kamar Ilmu Salbiah. Manakala ceramah sesi petang pula dijalankan pada pukul
1.15 petang hingga pukul 2.15 petang. Ceramah
sesi petang bertempat di Dataran Hasimah, semua pelajar tingkatan 2 terlibat.
Pengisian Ceramah menyentuh tentang:
a. Apa itu “HIV / AIDS”.
b. Bagaimana “HIV / AIDS” dijangkiti.
c. Tanda-tanda utama “HIV / AIDS”.
d. Kesan sosial dan ekonomi.
e. Langkah-langkah pencegahan dan kawalan.
Pelajar
juga digalakkan untuk menjadi ahli PROSTAR, PROSTAR bermaksud “Program Sihat Untuk Remaja”. Matlamat Prostar ialah remaja memainkan
peranan yang penting untuk mempengaruhi dan membimbing rakan-rakan mereka yang
terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang tidak sihat. Pusat Gerakan Prostar Klang sentiasa mengadakan
aktiviti yang sihat kepada remaja supaya remaja mempunyai tempat yang boleh menghabiskan
masa lapang mereka dan mendapat manfaat dari aktiviti yang dilaksanakan.
Langgan:
Ulasan (Atom)
